Saturday, 14 March 2015

PERNIAGAAN ONLINE


Pengenalan Syarikat Fashion Shop
Latar Belakang Syarikat
Nama syarikat           : Fashion Shop Enterprise
Jenis Perniagaan    : Online
Modal Perniagaan   : RM 1600 (RM 200 x 8 orang)
Waktu Operasi          : 24 Jam
Waktu Penghantaran : Selasa, Jumaat dan Sabtu
Kami memilih untuk menjalankan perniagaan pakaian dan menawarkan kepada pelajar sekitar Universiti Utara Malaysia. Perniagaan pakaian mampu memberikan keuntungan kepada syarikat kami kerana pakaian merupakan salah satu tarikan utama pelajar-pelajar. Para pelajar lebih mementingkan gaya pemakaian yang menarik dan menawan.

Nama Syarikat
Nama syarikat kami adalah “Fashion Shop Enterprise”. Kami memilih nama tersebut kerana “Fashion” merujuk kepada gaya pemakaian yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut peredaran masa. Keinginan untuk berfesyen menjadi aspek penting dalam kehidupan masa kini.

Moto
Keanggunan, Kemampuan. Perkhidmatan
Keanggunan membawa erti yang cukup bermakna dalam diri seseorang wanita. Manakala kemampuan pula merujuk kepada harga mampu milik oleh semua orang. Perkhidmatan bermakna sistem pembelian dan penghantaran kami merupakan fleksibel.

Slogan
Kecantikan Kamu adalah Tanggungjawab Diri Sendiri.
Slogan ini membawa makna setiap gaya pemakaian atau fesyen seseorang merujuk kepada keinginannya berfesyen dan hanya dia berhak membuat keputusan untuk memperlihatkan dirinya cantik dan menawan.

Visi
Memuaskan kehendak pelanggan kami dengan menawarkan harga yang berpatutan dan dengan cara yang terbaik setiap seorang.

Misi
·         Menawarkan pakaian dengan harga yang berpatutan.
·         Menawarkan pakaian yang sentiasa berubah mengikut gaya semasa.
·         Menyediakan perkhidmatan yang cepat dan berkesan.
·         Menawarkan pakaian berkualiti yang bersesuian dengan harga yang ditawarkan.

Carta Organisasi
 


No comments:

Post a Comment