Saturday, 14 March 2015

USAHAWAN WANITA FAIZA BAWUMI SAYED AHMAD





 
Nama : Faiza Bawumi Sayed Ahmad
Umur : 69 Tahun
Asal : Mesir
Jawatan : Pengarah Urusan Syarikat Fiza Sdn. Bhd
Pendidikan : Diploma Jahitan

1)Kenapa Memilih Usahawan Ini?
Saya memilih usahawan Faiza Bawumi kerana beliau seorang usahawan wanita yang berjaya untuk dijadikan contoh kepada wanita-wanita lain. Ini kerana tidak semestinya usahawan hanyalah lelaki, akan tetapi wanita juga boleh turut menyertai suatu perniagaan. Apa yang menarik mengenai beliau adalah sikapnya yang tidak boleh hanya duduk diam sebagaimana beliau mengambil upah jahitan sulaman dan menjual pelbagai jenis barangan dapur. Menurut Faiza Bawumi, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah akan tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Ini bermakna beliau ini seorang yang bersifat tekad dalam melakukan sebarang kerja sehingga dapat mencapai matlamat yang diingini. Meskipun sudah berusia 60-an malah mempunyai tujuh orang anak dan nenek kepada 32 cucu, beliau masih giat dalam mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabaran perniagaan di negara ini.

2)Latar Belakang Usahawan.
Faizah Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. Pada tahun 1964, wanita yang berasal dari kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya. Oleh itu, beliau fasih dalam berbahasa Melayu setelah tiga bulan menetap di Malaysia, ini kerana sikap peramah beliau dengan orang sekelilingnya. Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual, beliau terpaksa pergi satu kedai ke kedai yang lain bagi mendapatkan maklum balas masyarakat samada mereka akan membeli berasnya jika menjualnya.


3)Bagaimana Membangunkan Perniagaannya.
Di atas mendapat respon yang positif daripada masyarakat Faiza Bawumi telah memohon lesen pemborong beras dan menjual jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras sian dan beras Siam. Beliau mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak, dengan penglibatan dalam penghasilan produk kepada orang Islam bagi mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya. Kini, syarikat Faiza Bawumi memiliki 21 jenama beras di negara dan beliau juga meibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah antaranya rempah raja kari, rempah bukhari, rempah rendang, dan sebagainya.  

4)Pembangunan Perniagaan Beliau
Faiza bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 dan menjual pelbagai barangan dapur. Melalui perniagaan kecil-kecilan, beliau menabung wang bagi menjadikan modal perniagaan seterusnya. Beliau juga berminat menghasilkan rempah ratus dan menghasilkan rempah kari sendiri di rumah, kemudian dihantar ke kedai untuk dikisarkan bahan yang dibuat sendiri dan beliau mengedarkannya. Beberapa tahun kemudian, beliau membeli peralatan mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari tersebut. Perniagaan beliau mendapat sambutan walaupun mendapat tentangan pesaing yang agak sengit. Pada awal 90-an, syarikat Faiza mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu, dengan memperkenalkan produk yang berkualiti dan berkhasiat yang sesuia dengan pesakit seperti diabetis iaitu memperkenalkan beras ‘ponni’ ini di seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment