Saturday, 14 March 2015

DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI USAHAWAN JAYA






Nama : Dato’ Haji Ramly Bin Mokni
Mula Berniaga : Tahun 1984
Pencapain : Beberapa kali pernah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik  Malaysia
Hasil : Mempunyai 2 buah kilang pemprosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Btu, Kuala Lumpur

1)Kenapa Memilih Usahawan Ini?
Saya memilih usahawan Dato’ Haji Ramly sebagai usahawan yang berjaya kerana beliau mempunyai kerakter yang menarik. Beliau juga tidak pernah berputus asa dalam menjalankan perniagaan yang dilakukannya, walaupun sesetengah pihak telah memperlekehkan idea beliau. Oleh itu, dengan semangat yang diberikan oleh keluarganya sendiri menjadi dorongan kepada beliau untuk meneruskan perniagaan sehingga berjaya. Selain itu, apa yang menarik adalah produk yang dihasilkan oleh beliau adalah halal, bersih, dan bermutu. Dato’ Haji Ramly telah bekerjasama dengan pihak JAKIM, pertubuhan yang mengeluarkan sijil halal bagi menjelaskan produk yang dihasilkannya adalah bebas daripada unsur yang tidak halal. Justeru, untuk berjaya dalam perniagaan terdapat lima prinsip yang telah beliau amalkan, iaitu prinsip yang pertama adalah perlu rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Prinsip kedua adalah bekerja keras dalam menghasilkan sesuatu. Prinsip ketiga merupakan kejujuran, tidak kiralah pada diri sendiri mahupun orang lain disekeliling kita kerana dengan sikap ini dapat memanfaatkan pada diri. Prinsip keempat adalah sentiasa membantu orang yang memerlukan. Prinsip kelima adalah membayar zakat.

2)Latar Belakang Usahawan  
Dato’ Haji Ramly adalah berasal dari Tanjung Piandang, Perak dan dibesarkan di Selangor. Bapa beliau seorang penuai padi dan ibunya seorang suri rumah. Beliau mempunyai 16 orang adik-beradik dari dua ibu berbeza. Dulunya beliau hanya bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasaran ibu kota pada awal 70-an, di mana pada ketika itu kebanyakan makanan sejuk beku tidak dipastikan status halal haramnya. Mengambil daripada peluang yang ada, beliau lantas mendapatkan idea untuk menhasilkan makanan sejuk beku yang halal bagi memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini. Bermula dengan perniagaan secara manual dan kecil-kecilan, dan kini beliau berjaya mengembangkan perniagaan ke tahap komersial. Dato’ Haji Ramly adalah seorang yang bijak dalam merebut peluang yang ada dan berpandangan jauh.

3)Bagaimana Membangunkan Perniagaannya.
Bermulanya dengan modal sendiri dan membuat pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982. Kini syarikat beliau telahberkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Processing Sdn. Bhd. Dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd. Oleh itu, penggunaan teknologi mesin pada zaman ini dengan tenaga kerja yang berkemahiran dalam pengendalian mesin, mampu memastikan matlamat syarikat beliau dilaksanakan dengan jayanya. Syarikat beliau merupakan industry Bumiputera yang terkenal dalam industry pembuatan produk makanan yang berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut yang berjenama RAMLY seperti burger, nugget, sosej dan sebagainya.

4)Pembangunan Perniagaan Beliau
Pembagunan perniagaan syarikat beliau kini telah diberi pengiktirafan sebanyak tida kali oleh Bank Pembangunan di atas kecemerlangan prestasi. Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. Membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi membesarkan kilang di  Taman Perindustrian IKS, Batu Cave, Kuala Lumpur. Bagi memastikan kualiti produk beliau terus kekal berada ditahap yang baik untuk memenuhi cita rasa pelanggan, Makmal Mikrobiologi Ramly telah ditubuhkan. Hasil daripada kerja keras beliau selama 30 tahun telah melayakkan beliau dianugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Dato’ daripada Sultan Selangor.

http://life.malaysia.my/ms/articles/perniagaan/encik-ramly-burger 

No comments:

Post a Comment