Saturday, 14 March 2015

JACK MA PENGASAS ALIBABA.COM





Nama : Jack Ma
Umur : 51 tahun
Asal : Hangzhou, provinsi Zhejiang, China
Jawatan : Pengasas Alibaba.com
              :Chairman of the Board for the Nature Conservancy’s China

1)Kenapa Memilih Usahawan Ini?
Saya memilih Jack Ma sebagai usahawan berjaya kerana beliau adalah seorang yang cekal untuk melakukan suatu perkara walaupun beliau banyak kali ditolak dalam memasuki alam pekerjaan. Dimana beliau sebelum menjadi guru, dia sudah puluhan kali mendaftar pekerjaan namun selalu ditolak, ia mendaftar menjadi karyawan di KFC, namun dari 27 orang yang mendaftar hanya 26 yang diterima, dimana hanya beliau satu-satunya yang tidak diterima. 30 perusahaan yang beliau minta namun semua perusahaan tersebut ditolak, hal ini membuatkan beliau berubah haluan untuk menjadi guru bahasa Inggeris. Beliau juga gagal dua kali dalam peperiksaan untuk memasuki kolej. Oleh itu, Jack Ma mula membina laman web e-dagang di China namun pelabur-pelabur  fikir usahawan bersiri ini adalah tidak masuk akal, tetapi beliau telah membuktikan mereka semua adalah salah.  

2)Latar Belakang Usahawan.
Jack Ma lahir di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, China pada 15 Oktober 1964. Jack Ma dibesarkan dalam kalangan penduduk yang sedehana. Saat itu, China baru membuka diri terhadap bangsa barat dan dia berhadapan pelbagai masalah. Beliau ditolak di setipa sekolah, tempat yang ingin dia belajar, tapi beliau tetap bertahan dalam permasalahannya. Pada tahun 1995 Jack Ma menggunakan internet buat kali pertama, beliau mencari tentang “bir + china” di internet tetapi hanya ada banyak maklumat tentang bir Amerika dan Bir Jerman. Oleh itu, beliau merasakan sebagai satu peluang, Jack Ma membina laman web bahasa cina. Dalam beberapa jam pelancaran, beliau menerima pertanyaan dari dseluruh dunia.

3)Bagaimana Membangunkan Perniagaannya.
Pada awalnya, Jack Ma mendirikan perniagaan internet menyerupai Yellow Pages iaitu “China Pages”. Pada tahun 1999, Jack Ma berkumpul bersama-sama 17 rakan-rakannya bertukus lumus dan akhirnya dapat menghasilkan laman web untuk menghubungkan pengeksportaan dengan pembeli asing, oleh itu Alibaba.com telah dihasilkan. Jack Ma merupakan pesaing yang agresif dan berpegang teguh kepada kepercayaannya bahawa firma-firma Cina boleh mengambil saingan antarabangsa. Apa yang dikatakan oleh Jack Ma adalah, “otak cina adalah yang terbaik… ini adalah kerana kita berani untuk bersaing dengan Amerika”. Ia merupakan kepercayaan yang membawa beliau untuk mencabr eBay pada tahun 2003 apabila firma Silicon Valley telah mengembangkan operasi di China. Kini Alibaba merupakan retailer online terbesar di China dan berada di posisi kedua selepas Wal-Mart.

4)Pembangunan Perniagaan Beliau
Alibaba adalah sebuah syarikat global dengan 22,000 pekerja dan mempunyai 90 pejabat. Laman yang popular, Taobao dan Tmall.com adalah mewakili 80% daripada jualan runcit dalam talian china, dan menerima lebih daripada 100 juta pelawat sehari. Betapa sukarnya beliau untuk mendapatkan pembiayaan untuk perniagaannya dan beliau memulakan perkhidmatan pinjaman untuk membantu usahawan. Alibaba juga memasuki dunia hiburan dan sukan, memperolehi syarikat-syarikat media dan pasukan bola sepak di pra-IPO membeli-belah.

No comments:

Post a Comment