Saturday, 14 March 2015

HABIB MOHAMED ABDUL LATIF USAHAWAN BARANG KEMAS WANITA YANG BEJAYA



 

Nama : Datuk Habib Mohamed Abdul Latif
Umur : 83 tahun
Asal : Pulau Pinang
Jawatan : Pengasas Habib Jawel

1)Kenapa Memilih Usahawan Ini?
Saya memilih Habib Mohamed sebagai usahawan berjaya kerana beliau mempunyai semangat yang kental dalam mengusahakan perniagaan beliau. Pembabitan dalam bidang perniagaan barang kemas bermula secara kecil-kecilan sahaja. Habib Mohemad membina langkah sebagai MA Habib Mohamed di Pit Street, Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai ‘Jewellery Corner’. Ia bermula dengan perniagaan keluarga yang diusahakan secara kecil-kecilan , dan berkembang kepada Habib Coperation Berhad yang menyediakan pelbagai pilihan barangan kemas untuk semua golongan usia. Perusahaan beliau juga mengutamakan kehendak pelanggan.

2)Latar Belakang Usahawan.
Datuk Habib Mohamed abdul Latif adalah pengasas dan pengerusi kumpulan Habib yang ditubuhkan pada tahun 1958 dan kemudiannya menjadi sebuah listed entity pada tahun 1998. Beliau memainkan peranan penting dalam membina asas perniagaan yang kukuh sejak lebih 56 tahun lalu. Kini beliau adalah bekas Presiden Muslim Jewellers dan Money Changers Associantion of Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai Naib Presiden Muslim League Organization, sebuah non-profit charity organization yang ditubuhkan pada tahun 1954 untuk membantu umat Islam yang kurang bernasib baik di Malaysia.


3)Bagaimana Membangunkan Perniagaannya.
Bermula dengan satu perniagaan keluarga, Habib Mohamed berjaya memikat hati para pelanngan dengan sifatnya yang mendahulukan kehendak pelanggan. Dengan modal sebanyak RM 3800 beliau mangambil barang kemas darripada kedai pajak dan beliau turut bersihkan ia menjadi cantik lalu dijual kepada kedai emas lain, seperti pemborong. Daripada perniagaan kecil, beliau memikirkan untuk membuka perniagaan barang kemas pada harga yang berpatutan. Dedikasi dan motivasi tinggi beliau telah menghasilkan corak yang berbuah dan produk yang berkualiti.

4)Pembangunan Perniagaan Beliau
Dalam kejayaan beliau berpendapat, kita perlulah bekerja keras dan jujur dalam apa yang dilakukan. Habib kekal komited untuk penyelidikan dan pembangunan berterusan, mengenal pasti trend pasaran dan bekerjasam dengan pereka antarabangsa untuk menyediakan barang kemas yang bertaraf dunia untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Wawasan adalah untuk menjadikan pembuatan tukang emas yang paling berjaya dikedudukan bertaraf dunia. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau bergantung pada aset yang paling berharga iaitu modal insan. Mematuhi kepada nilai-nilai teras, pekerja Habib telah diterapkan dengan nilai-nilai yang baik bagi menawarkan perkhidmatan yang bermutu kepada pelanggan.

No comments:

Post a Comment