Tuesday, 7 April 2015

ARTIKEL : Strategi Bisnes Tony Fernandes Membangunkan Air Asia

http://www.majalahniaga.com/strategi-bisnes-tony-fernandes-membangunkan-airasia.html

ARTIKEL : FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN USAHAWAN DALAM PERNIAGAAN

ABTRAKS
Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar & Lee Kuan Yee

Dalam artikel ini, kami menganalisis tiga perkara berkaitan keusahawanan iaitu faktor yang
mempengaruhi penglibatan usahawan dalam perniagaan, tahap keuntungan yang diperoleh dan faktor kritikal bagi kejayaan usahawan dalam perniagaan diceburi. Seramai 70 usahawan terlibat dalam kajian ini. Penganalisisan data menunjukkan faktor utama mempengaruhi penglibatan usahawan dalam perniagaan ialah keinginan mencapai kebebasan dan kepuasan, disusuli pelbagai faktor lain seperti membantu menyara keluarga, ingin kaya, cita-cita, ingin berdikari dan tidak suka bekerja makan gaji. Majoriti usahawan yang dikaji dapat digolongkan sebagai usahawan berjaya berdasarkan keuntungan perniagaan dan keupayaan usahawan mengecap keuntungan perniagaan selama lebih dari tiga tahun. Analisis pangkatan menunjukkan kejayaan keusahawanan lebih disumbangkan oleh faktor usia semasa memulakan perniagaan, cara pengurusan rekod dan kawalan kewangan, kemahiran perancangan, kemahiran pemasaran dan tahap pendidikan usahawan itu sendiri. Walau bagaimanapun, korelasi Pearson sehala antara faktor kejayaan dengan tahap purata keuntungan dan purata keuntungan industri mendapati hanya empat faktor dapat dianggap sebagai faktor kritikal atau signifikan kepada kejayaan iaitu pengalaman pengurusan(r=0.312, k<0.05), pengalaman industri (r=0.308, k<0.05), keadaan ekonomi (r=0.265, k<0.05) dan kemahiran perancangan (r=0.251, k<0.05). Kajian menyarankan Keempat-empat faktor ini diberi penekanan oleh agensi yang melatih usahawan bagi memastikan bilangan usahawan berjaya dapat ditingkatkan.

ARTIKEL : Wanita mampu lahirkan usahawan berjaya

SINAR HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Kuasa wanita bukan sahaja mampu membentuk peribadi anak-anak mereka malah melahirkan generasi yang berpotensi tinggi khususnya dalam bidang keusahawanan.

Ungkapan itu dizahirkan sendiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang berkongsi rahsia kejayaan beliau dalam bidang penerbitan diceburi lebih 30 tahun.

"Wanita khususnya seorang ibu mampu membaca naluri dan mengenal pasti potensi diri anak-anak mereka.

"Pendidikan awal dari rumah juga menjadi penyumbang kepada kejayaan seseorang individu," katanya yang berkongsi rahsia itu di hadapan 400 orang peserta Konvensyen Inspirasi Usahawan anjuran Mingguan Wanita
sempena ulang tahun majalah itu yang ke-30 tahun.

Beliau berkata, mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan perlu kreatif dan bijak memanfaatkan peluang.

"Jangan jadikan masalah itu satu bebanan tetapi jadikan situasi itu sebagai peluang untuk kita rangka sesuatu yang lebih baik," katanya.

Tambah beliau, setiap individu yang mahu bergelar usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu yang cukup dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

Menurut Editor Pengurusan Majalah Karangkraf, Liza Ali, konvensyen itu buat julung kalinya diadakan sebagai tanda penghargaan kepada wanita Malaysia khususnya pembaca Mingguan Wanita.

"Matlamat utama adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing dan akan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dunia perniagaan hari ini.

"Konvensyen ini juga adalah sebagai satu usaha Mingguan Wanita bagi berkongsi informasi dan memberi bimbingan melalui perkongsian ilmu keusahawanan," katanya.

Konvensyen kali ini membawa lima panelis yang terdiri daripada usahawan hebat dan berjaya malah bergelar jutawan ini sebagai menghargai sokongan pembaca yang sentiasa menjadikan majalah Mingguan Wanita sebagai
bahan bacaan utama.
Sejak 2000, Mingguan Wanita diketuai oleh Nuri Supian selaku editor.
Antara panel hebat yang dibawa khas ialah Pengarah Urusan Richworks Resources Sdn Bhd, Dr Azizan Osman; Pengarah Urusan Hajaba dan Leesa Formula, Mona Din; Pengarah Urusan D'Navechee, Datuk Dr Azlina Che
Abdullah dan Pengarah Lunatots, Siti Nursuraya Mohamed Ali.
Pada segmen perkongsian maklumat Mingguan Wanita menampilkan Timbalan Pengurus Unit Keusahawanan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Noornazreen Ab Ghani dan Pengurus Korporat Teknologi Park
Malaysia, Aniz Adura Abdul Majid yang berkongsi maklumat mengenai peluang yang boleh dimanfaatkan usahawan.

Melalui paparan artikel Mingguan Wanita telah berjaya mencetuskan semangat usahawan dan secara tidak langsung telah melahirkan ramai usahawan baru yang berjaya.
Selain itu, bertujuan membangkitkan semangat wanita-wanita yang ingin memulakan perniagaan.

Konvensyen ini juga menjadi platform bagi membangunkan idea perniagaan dalam memilih perniagaan yang tepat dan sesuai serta mempunyai permintaan yang tinggi.
Antara topik yang dikupas adalah mengenai asas keusahawanan yang tepat, pemilihan perniagaan mengikut landasan, pengendalian kewangan dan panduan pemasaran melalui perkongsian pengalaman serta pengetahuan.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/wanita-mampu-lahirkan-usahawan-berjaya-1.177312

ARTIKEL : 11 usahawan wanita berjaya kongsi pengalaman

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Seramai 11 usahawan wanita berjaya akan berkongsi pengalaman dalam bidang perniagaan dan pembangunan ekonomi dengan peserta Persidangan Ekonomi Wanita Malaysia-China-Asia Pasifik yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Mac ini.
Pengerusi persidangan itu, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, antara pengusaha wanita terlibat ialah Ketua Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Dr. Maznah Hamid; Pengerusi Hong Leong Assurance, Loh Guat Lan serta Pengarah Sistem Cisco, Anne Abraham.
Menurutnya, program bertempat di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-100 Hari Wanita Antarabangsa.
"Persidangan ini merupakan landasan untuk wanita mendapatkan galakan dan dorongan bagi meningkatkan lagi keuntungan perniagaan pada masa depan.
"Menerusi persidangan ini diharap golongan wanita dapat berdiri setaraf dengan golongan lelaki dalam industri perniagaan," katanya pada sidang akhbar mengenai persidangan itu di sini hari ini.
Persidangan itu dianjurkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-China dan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia-China serta disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tambah Mei Fun, beberapa topik menarik akan dibincangkan antaranya faktor yang membuatkan wanita lebih bijak menguruskan kewangan, cara untuk menjadi seorang eksekutif serta peluang dan peranan wanita dalam transformasi ekonomi.
Menurutnya, antara tetamu yang akan hadir ke persidangan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.
Beliau berharap masyarakat akan mengubah pandangan dan pemikiran mereka terhadap wanita berikutan kejayaan yang ditunjukkan oleh semakin ramai golongan itu.
"Saya berharap masyarakat akan mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita.
"Kami mahu golongan lelaki dan wanita bekerja bersama-sama dan memanfaatkan bakat dan daya saing wanita dalam pelbagai bidang," katanya.

ARTIKEL : Apakah itu keusahawanan ?

Artikel

Selalunya keusahawanan di kaitkan dengan pemilik perniagaan atau golongan manusia yang berniaga untuk menampung keperluan hidup mereka.  Itu hanyalah maksud yang anda boleh peroleh dari buku – buku dan kamus – kamus. Sekarang, mari kita hayati maksud usahawan dalam skop yang lebih besar iaitu dari pandangan seorang usahawan sendiri.
1.    Usahawan adalah seseorang yang pandai merebut peluang perniagaan walaupun mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menjayakannya.
Pernahkah anda mencuba untuk memulakan perniagaan tetapi akhirnya niat itu anda batalkan kerana tidak cukup modal atau ilmu ? Jika pernah, anda tidak mempunyai semangat usahawan yang tinggi. Usahawan akan merebut peluang  dahulu , walaupun mereka tidak mempunyai kemampuan dari segi pekerja atau wang, mereka yakin bahawa mereka boleh menjayakannya. Ini adalah semangat usahawan sebenar.
2.    Seorang usahawan sentiasa mengambil risiko yang boleh mereka tanggung.
Seorang usahawan tidak kisah jika mereka gagal tetapi mereka hanya ambil risiko yang boleh mereka tanggung. Ada di kalangan usahawan melakukan perkara yang lebih tinggi dari kemampuan mereka sendiri dan banyak dari mereka gagal tersungkur di sebabkan ketidakmampuan mereka menanggung risiko yang mereka wujudkan.
3.    Usahawan adalah seseorang yang terus terjun ke alam perniagaan tanpa mempunyai kemahiran atau modal dan akhirnya gagal.
Seorang usahawan mempunyai hati kering dan sentiasa positif di dalam hidupnya. Mereka selalunya gagal dalam beberapa kali percubaan pertama. Untuk belajar menjadi usahawan yang berjaya bukanlah melalui buku tetapi melalui pengalaman.
4.    Usahawan adalah seseorang yang membuka satu perniagan, kemudian perniagaan yang lain dan perniagaan yang lain.
Usahawan tidak terhad pada satu perniagaan sahaja, mereka akan sentiasa melihat peluang yang ada dan akan sentiasa menyambar peluang perniagaan yang mereka nampak.
Di sini, anda nilai sendiri adakah anda seorang usahawan. Seorang usahawan sentiasa memperbaiki dirinya sendiri walaupun seorang pengemis yang mengajar dia erti hidup.

http://www.koleksiartikel.com/cerita-cerita/apakah-itu-keusahawanan.html

ARTIKEL : 7 Tip Memajukan Perniagaan

Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit yang dikeluarkan. Namun, tidak semua perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan di dalam atau di luar negara. Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai. Perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai.
Beberapa tips ini perlu diamalkan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan menjanjikan pulangan yang lumayan dan memberangsangkan. Perkara pertama yang perlu kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan kampung yang tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan lama.
Mengkaji tentang suasana dan kedudukan
Kita perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat baru itu. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci sendiri. Jangan pula di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi buruk dan barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan pergi bekerja. Katakan juga keinginan untuk memulakan kedai alat tulis dan perkhidmatan potostet di kawasan yang sama. Pendek kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka dan main-main, sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.
Mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai
Tips yang seterusnya adalah mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Bukan sekadar seorang yang mempunyai wang untuk dilaburkan sahaja. Setidak-tidaknya minat dan hobi pada benda yang sama akan menampakkan lagi usaha yang dijalankan. Kerana manusia tidak akan jemu dan bosan melakukan sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Katakan Yusri dan Lisa mempunyai minat yang sama dalam bidang penerbitan dan periklanan. Jadi, mereka telah bersetuju dan melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan ini di sebuah kawasan yang menjadi tumpuan. Kerana minta dan pendapat dalam bidang yang sama sangat tinggi, perniagaan mereka semakin maju. Kerana masing-masing memberi komitmen yang baik dalam perniagaan ini. Bukan hanya seorang sahaja yang perlu bekerja, sebaliknya kedua-dua belah pihak rakan kongsi ini. Pendek kata, perniagaan mereka maju kerana minat dan hobi dalam bidang yang sama.
Bermula secara kecil-kecilan
Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai. Contohnya Pak Abas yang menjalankan perniagaan menjual kerepek di kampungnya. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan daripada ayahnya dahulu. Jadi, Pak Abas membantu ayahnya yang telah tua kerana sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat lagi. Semakin lama, minatnya telah mendalam dalam dunia perniagaan dan dia menguruskan sepenuhnya perniagaan ini selepas kematian ayahnya. Pada awal penglibatan dalam dunia penjualan kerepek, arwah ayah Pak Abas berniaga dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas Pak Abas mengambil alih, dia telah membuat pinjaman dengan bank untuk mendirikan sebuah kilang pembuatan kerepak yang terletak di belakang rumahnya. Pendapatanya semakin maju tambahan pula semasa musim perayaan dan juga musim perkahwinan. Kerana Pak Abas telah mendapat pengalaman yang banyak semasa membantu arwah ayahnya dahulu. Kini, Pak Abas telah mendirikan lima buah kilang di daerah dalam negerinya.
Mengupah pekerja yang boleh dipercayai
Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi, pasti kita ingin meluaskan perniagaan itu. Katakan perniagaan kedai pakaian lelaki dan wanita. membuka cawangan baru memerlukan lebih ramai perkerja untuk menguruskannya. Maka, kita perlu mengupah orang yang boleh dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita. Mungkin kita boleh mengupah jiran yang telah lama kita kenali sebelum memulakan perniagaan itu atau juga mengupah kawan-kawan yang sudah kita maklum dengan hati budi mereka. Jika tidak, perniagaan kita akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati dengan kesenangan dan kemewahan yang kita capai. Oleh sebab itu, kita perlu menjalin perhubungan yang baik dan tidak bermusuh dengan semua orang agar kita juga selamat dan perniagaan kita terus maju.
Mempunyai strategi yang berkesan
Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, kita juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan. Contohnya memulakan perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi. Dalam dunia yang serba canggih dan maju ini, kita sering dihantui dan dibayangi dengan pelbagai wabak penyakit yang disebabkan penyalahgunaan bahan kimia industri, wabak penyakit yang disebabkan bahan kimi berlebihan dalam bekalan makanan seperti sayur dan wabak penyakit berjangkit yang mudah disebarkan melalui migrasi manusia atau haiwan. Wabak penyakit berbahaya memang sukar untuk diubati, tetapi kita masih mempunyai peluang untuk mencegahnya. Maka, perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi sentiasa mendapat sambutan yang baik kerana kita tidak mampu menjangka saat kita akan ditimpa penyakit. Perniagaan ini adalah perniagaan yang mampu memberi keuntungan kepada pengusaha. Masyarakat hari ini juga semakin bijak untuk menentukan ubat yang berkesan bagi penghalang penyakit merebak.
Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan
Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan dan orang ramai. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan akan lari dan kita yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu. Contoh yang paling rapat dengan masyarakat adalah perniagaan francais iaitu McDonalds, yang berjaya meluaskan perniagaan ke serata dunia. McDonalds di India telah menyediakan menu khas bagi penduduk India dengan menyediakan burger ayam. Mereka telah tampil dengan Chicken Maharaja Mac, kerana meraka tidak boleh memakan daging. Selain itu, di Itali pula, mereka telah menyediakan burger yang disajikan dengan daging khinzir. Di Norway pula, burger telah disajikan dengan kepingan daging ikan salmon yang menjadi kegemaran penduduknya. Manakala di Thailand, ia juga disajikan dengan memasukkan perisa tomyam yang disesuaikan dengan selera pelanggan. Tidak kurang hebat juga dengan McDonalds di Malaysia.
Bersedia untuk memulakan perniagaan yang besar
Perniagaan yang semakin maju menjadi idaman semua usahawan. Tetapi adakah kita sudah bersedia untuk memulakan perniagaan ke peringkat yang seterusnya? Kejayaan kita mampu diukur setelah kita melihat dan merasakan sambutan yang diterima ramai orang. Katakan dulu Iqbal hanya menjual laksa dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas 5 tahun bersusah-payah, dia telah mengumpul wang yang banyak dan membuka sebuah kedai laksa bersama adik lelakinya. Memang cita-cita Iqbal untuk membuka sebuah kedai laksa daripada resipi arwah ibunya. Dia telah bersedia dengan sepenuhnya. Dengan pembukaan kedai baru itu, Iqbal menjadi semakin bersemangat untuk bekerja dan juga untuk merubah masa depannya. Semakin hari, perniagaannya semakin maju. Kerana Iqbal sudah mempunyai pelanggan tetap selama 5 tahun sepanjang dia berniaga menaiki motorsikal roda tiga.
Secara kesimpulannya, tips ini perlu diamalkan agar perniagaan yang kita ceburi itu menampakkan hasil dengan titik peluh yang dikorbankan. Kegagalan dan jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah dan kita perlu bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal tiba. Sekali jatuh bukan bermakna kita akan jatuh selamanya. Jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat. Pokok pangkal untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah minat yang mendalam, kegigihan dan juga usaha yang tidak pernah kenal penat lelah. Dalam erti kata yang mudah, setiap usaha yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil apabila tiba masanya nanti. Berusaha dan terus berdoa agar urusan kita dipermudahkan-Nya.

http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/7-tips-memajukan-perniagaan.html 

ARTIKEL : Bagaimana Untuk Menjadi Peniaga Berjaya

http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/bagaimana-untuk-menjadi-peniaga-berjaya.htmlPerniagaan merupakan salah satu cabang untuk menjana pendapatan dan ekonomi harian tidak kira bagi pihak individu atau berkumpulan. Malah, dalam Islam sendiri telah menyatakan bahawa perniagaan adalah 9/10 daripada pintu rezeki. Sedikit sebanyak hal ini telah menggambarkan bahawa perniagaan boleh menjadi satu peluang kepada kita untuk mencari rezeki. Yang penting, perlu ada modal dan usaha untuk mengembangkan perniagaan. Akan tetapi, perlu diingat bahawa perniagaan bukan mahu mengejar keuntungan semata-mata kerana dalam perniagaan kerugian juga menjadi satu lumrah. Islam sendiri ada menggariskan tujuan perniagaan mengikut perspektif Islam iaitu untuk memperbesar dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Oleh itu, dalam perniagaan, kita perlulah senantiasa mencari keredhaan ALLAH SWT iaitu dengan cara menetapkan niat yang betul serta menjalankan perniagaan dengan sebaik-baiknya. Selain itu, dalam perniagaan juga, ada etika yang perlu dipatuhi. Tujuan etika perniagaan tidak lain tidak bukan untuk memastikan para peniaga Muslim khususnya, menghindarkan sifat-sifat yang keji lantas sentiasa mengamalkan sifat-sifat terpuji sepanjang menguruskan perniagaan. Apakah yang dimaksudkan dengan sifat-sifat terpuji ini? Ianya adalah seperti berikut:
Jujur dan Amanah – Jangan Menipu
Jujur dan amanah!! Itulah sifat utama yang perlu ada pada seorang peniaga Muslim. Seseorang peniaga yang menipu dalam jualannya tidak selamanya akan terus memperoleh keuntungan. Masyarakat pada hari ini semakin bijak menilai dan menganalisis pastinya akan dapat menghidu penipuan yang dijalankan. Akhirnya, kerugian akan berpatah balik kepada peniaga kerana kepercayaan para pembeli semakin berkurangan. Maka atas sebab itu, Islam telah mengunjurkan agar setiap Muslim yang menjalankan urusniaga mestilah bersifat jujur dengan perniagaannya. Jangan sesekali menjual barangan yang telah rosak, menipu sukatan atau timbangan, menjual sesuatu dengan mengambil keuntungan yang sangat besar sehingga menyukarkan pembeli dan sebagainya. Dari segi amanah pula, seseorang peniaga Muslim tidak sepatutnya berbuat seleweng demi meraih keuntungan semata-mata. Aktiviti jual beli yang diselangi dengan perbuatan pecah amanah hanya merugikan kedua-dua belah pihak. Pecah amanah ini seringkali berlaku kepada syarikat-syarikat besar yang mana ada dalam kalangan ahlinya yang membocorkan rahsia syarikat kepada pihak-pihak berkepentingan. Apa yang boleh diperkatakan, pecah amanah boleh berlaku disebabkan sifat tamak yang membuak-buak dalam diri. Berpunca daripada ini juga, boleh timbul permasalahan yang lain seperti rasuah dan sebagainya. Sayangnya, ramai peniaga Muslim pada hari ini yang bersikap tidak sabar dan gelojoh untuk meraih keuntungan dalam perniagaan sehingga ada dalam kalangan mereka yang sanggup menipu dan memperdaya para pengguna. Dalam Al-Quran dengan jelas telah menyebut dan mengangkat martabat orang-orang yang bersikap jujur iaitu melalui Surah al-Taubah ayat 119 yang bermaksud;
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang jujur.”
Melalui ayat ini, dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa kejujuran itu merupakan sifat yang penting dan terpuji serta patut diamalkan bukan hanya dalam konsep perniagaan sebaliknya juga dalam hal-hal kehidupan seharian.
Hindari Riba’
Apa itu riba? Mengikut pengertian Syarak, riba ialah akad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan Syarak ketika akad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya. Pasti masih ramai para peniaga Muslim yang belum mengetahui tentang konseptual riba dengan lebih mendalam. Tetapi, apa yang boleh diperkatakan adalah riba merupakan suatu perbuatan yang diharamkan oleh ALLAH SWT untuk diamalkan dalam perniagaan. Firman ALLAH SWT dalam Al-Quran yang bermaksud;
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian adalah disebabkan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal ALLAH SWT telah menghalalkan jual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada ALLAH SWT. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah, 2:275)
Konsep riba pada hari ini dilihat semakin berleluasa tidak kira dalam perniagaan yang kecil mahupun yang besar dan tidak dinafikan begitu ramai dalam kalangan peniaga Muslim juga terlibat dengan amalan riba. Perlu diketahui bahawa riba terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Riba Al-Fadhl, Riba Al-Yad, dan Riba’ Al-Nasi’ah.

  • Riba Al-Fadhl

Riba jenis ini bermaksud riba yang dibayar lebih kepada sesuatu pihak yang menukarkan barang. Sebagai contoh, satu kilo beras mahsuri ditukarkan dengan satu kilo beras yang lain iaitu berlainan jenis dan kualiti.
  • Riba Al-Yad

Riba yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis akad jual beli. Contohnya, seseorang individu yang berakad sebanyak RM50.00 tetapi apabila diluar akad dibayar RM60.00.
  • Riba Al-Nasi’ah

Riba Al-Nasi’ah adalah riba yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya. Mengambil contoh pinjaman yang dilakukan hanyalah sebanyak RM100.00 tetapi yang perlu dibayar semula adalah berjumlah RM120.00.
Oleh itu, para peniaga Muslim perlulah menjauhi amalan riba dalam menjalankan perniagaan masing-masing. Riba tidak langsung menguntungkan malah hanya memudaratkan serta turut mengundang dosa dan balasan seperti yang telah disebutkan di dalam Al-Quran Al-Karim. Riba juga hanya akan menyukarkan dan menindas pihak pembeli atau pengguna kerana mereka perlu membayar lebih untuk mendapatkan sesuatu keperluan. Dalam situasi yang lain, riba boleh dikategorikan sebagai satu pemerasan dan penindasan terhadap orang-orang miskin kerana mereka akan terus terbeban untuk menjelaskan hutang sedia ada disebabkan bunga yang sentiasa bertambah apabila hutang lambat dibayar. Konklusinya, hindarilah riba!! Riba hanya akan mendorong pelakunya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam sangat menekankan agar umatnya senantiasa berusaha dan bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal dan berkat.
Saling Redha-Meredhai
Perniagaan yang baik adalah perniagaan yang mempunyai elemen saling redha meredhai antara satu sama lain iaitu antara penjual dengan pembeli. Dalam erti kata lain, jual beli yang dijalankan secara paksa adalah tidak dibenarkan sama sekali. Setiap pembeli mempunyai hak untuk membeli dan keputusan untuk membeli atau tidak sesuatu barangan terletak kepada mereka. Maka, adalah tidak wajar sama sekali sekiranya seseorang penjual memaksa orang lain untuk membeli barangan yang dijual. Bukan itu sahaja, paksaan juga boleh menimbulkan pergaduhan dan perselisihan antara kedua-dua belah pihak. Persoalannya, mengapakah elemen saling redha-meredhai penting dalam diri setiap peniaga dan pembeli? Hal ini demikian kerana, Firman ALLAH SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud;
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (atau ambil) harta orang lain secara batil (tidak sah) melainkan melalui perniagaan (yang dilakukan secara) redha-meredhai antara kamu.” (Al-Nisa, 4:29)
Bagi mencapai sifat redha-meredhai, para peniaga dan pembeli juga seharusnya mempunyai satu sikap lain iaitu boleh bertolak ansur sesama sendiri. Umumnya, tawar-menawar sudah menjadi satu kebiasaan dalam perniagaan di antara pihak penjual dengan pihak pembeli. Oleh itu, kedua-dua belah pihak perlu mengetahui akan had atau batas dalam tawar-menawar. Sekiranya boleh, tidak menjadi masalah untuk para peniaga bertolak ansur dengan memberikan harga yang lebih rendah dan berpatutan seperti yang ditawarkan oleh pembeli. Akan tetapi, pihak pembeli juga seharusnya sedar supaya mereka tidak meminta harga yang terlalu rendah kerana boleh mendatangkan kerugian kepada pihak peniaga. Oleh itu, bermula daripada sinilah perlunya sikap bertolak ansur antara satu sama lain dan hasil daripada bertolak ansur tersebut boleh menimbulkan rasa saling redha-meredhai antara penjual dengan pembeli sekiranya proses jual beli tersebut berlaku.
Tujuan Islam menekankan konsep saling redha-meredhai antara satu sama lain adalah untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang akan tertindas. Perniagaan sepatutnya berjalan dalam suasana yang harmonis dan boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Perlu difahami bahawa konsep perniagaan sangat luas. Perniagaan boleh juga diklasifikasikan sebagai suatu kontrak iaitu kedua-dua belah pihak yang berkontrak mestilah mendapat keuntungan masing-masing. Sikap redha-meredhai adalah bertujuan menghindarkan rasa tidak puas hati dan tertipu yang berkemugkinan boleh berkembang menjadi suatu masalah yang lebih besar.

    Jauhi Sikap Tamak!!

Tamak merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh setiap peniaga Muslim. Sikap tamak hanya akan memakan diri sendiri. Setiap peniaga Muslim perlu berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan rezeki. Peluang yang datang dalam perniagaan seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya. Namun perlu diingat, janganlah sesekali kita mengambil hak atau peluang orang lain dalam perniagaan dengan niat untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda. Pepatah Melayu ada menyebut, ‘orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.’ Hakikatnya, pepatah ini adalah benar.
Jauhilah sikap tamak sebaliknya amalkanlah sikap bantu-membantu antara satu sama lain. Bantu-membantu antara para peniaga dengan para peniaga atau para peniaga dengan pembeli sudah pasti dapat menyuburkan lagi ekonomi semasa dan perniagaan juga akan bertambah baik. Sebagai seorang peniaga Muslim, kita perlu sentiasa berusaha dan percaya bahawa rezeki ditentukan oleh ALLAH SWT. Sekiranya kita berusaha dengan cara yang baik, InsyaALLAH kita akan memperolehi rezeki yang baik. Jika sebaliknya berlaku, kita juga boleh memperoleh rezeki tetapi fikirkanlah tentang status rezeki yang diperolehi sama ada halal atau haram.
Perlu diketahui, perniagaan merupakan suatu pekerjaan yang amat diredhai oleh ALLAH SWT sekiranya diuruskan dengan betul dan baik. Dalam perniagaan juga, untung dan rugi menjadi satu risiko yang biasa. Bagi mana-mana peniaga Muslim yang telah menjalankan perniagaan dengan sebaik-baiknya, tetapi masih mengalami kerugian, jangan sesekali berputus asa. Teruskan berusaha dan berikhtiar untuk memajukan perniagaan anda kerana usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil pada masa akan datang. Elakkanlah daripada bersikap tamak dan gelojoh serta hindarkanlah konsep riba dalam perniagaan anda. Masih banyak cara dan strategi berkesan yang boleh diguna pakai bagi mengembangkan lagi perniagaan yang anda usahakan. Berniagalah dengan mengikut pandua-panduan yang telah digariskan oleh Islam kerana sudah pasti tidak akan membawa kepada kerugian sebaliknya boleh membawa kejayaan kepada anda baik di dunia mahupun di akhirat nanti. Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat daripada-Nya. InsyaALLAH

Wednesday, 1 April 2015

Artikel Usahawan Korporat

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131115/re_03/Meramaikan-usahawan-sosial

Artikel Usahawan Entrepreneur

 http://www2.hmetro.com.my/articles/Minda_FormulaJCorplahirkanHalmi/Article

Minda: Formula JCorp lahirkan Halmi

BARU-baru ini, saya menerima berita penganugerahan Anugerah Usahawan 1Malaysia kepada Pengarah Urusan Kumpulan Metro Parking (M) Sdn Bhd, Halmi Jasmin oleh Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BEPU) Pergerakan Pemuda Umno dengan kerjasama majalah The Leaders di PWTC, Kuala Lumpur.
Sebenarnya Halmi adalah salah seorang usahawan Intrapreneur Johor Corporation (JCorp). Dalam ceramah di institusi pengajian tinggi dan sekolah, sering saya jadikan Halmi sebagai contoh usahawan intrapreneur yang sangat berjaya. Bakat keusahawanan Halmi menakjubkan. Beliau dilahir dan dibesarkan di Johor Bahru memulakan kerjaya di JCorp pada 1988. Ketika muda, beliau membuktikan kemampuan menerajui bisnes pengurusan letak kereta daripada sifar sehingga ke tahap membanggakan. Selain Malaysia, bisnes Metro Parking terdapat di Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Hong Kong dan India. Ia kini menjadi syarikat pengurusan letak kereta nombor satu di Malaysia dan Asia Tenggara! Kisah kejayaan Halmi dan Metro Parking sangat menarik. Ia menjadi satu penanda aras kejayaan bisnes di kalangan Intrapreneur JCorp yang lain. Ternyata, langkah mewujudkan Metro Parking dua dekad yang lalu kini dijadikan asas rujukan dalam melahirkan lebih ramai Intrapreneur handalan. Metro Parking ditubuhkan pada Mac 1991 dan memulakan operasinya pada tahun sama. Idea penubuhan Metro Parking berdasarkan beberapa faktor. Pertama, pasaran pada ketika itu dimonopoli syarikat asing. Timbul persoalan mengapa tiada syarikat tempatan bangkit bersaing dengan mereka? Kedua, kepesatan industri automotif yang membawa kepada peningkatan jumlah kenderaan sekali gus meningkatkan permintaan tempat letak kereta. Ketiga, JCorp pada ketika itu mempunyai tiga bangunannya sendiri di Johor Bahru iaitu Komtar, Kotaraya dan Hotel Puteri Pacific. Biar pun ketiga-tiganya mempunyai tempat letak kereta sendiri, namun pengurusannya tidak sistematik. Justeru pengurusan JCorp ketika itu melihat tiga faktor ini sebagai peluang yang sangat baik dan perlu direbut dengan segera.

Metro Parking pada peringkat awalnya sama seperti bisnes lain yang berdepan pelbagai masalah. Antaranya, masalah teknikal, pandangan rendah masyarakat kepada kerjaya sebagai operator letak kereta, persaingan daripada pengusaha letak kereta yang tidak sistematik serta aktiviti penagihan dadah dan gejala tidak sihat lain yang sentiasa dikaitkan dengan industri jaga kereta. Semua ini menyebabkan ketidakyakinan kepada pengusaha tempatan berbanding pengusaha asing. Namun, masalah itu segera dikenal pasti dan dihadapi dengan bijak oleh pasukan Metro Parking. Setelah berjaya mengendalikan dengan baik tempat letak kereta bangunan milik JCorp, usaha Halmi tidak terhenti setakat itu. Baginya, Metro Parking tidak seharusnya terlalu bergantung kepada JCorp selama-lamanya. Lebih-lebih lagi setelah JCorp menetapkan KPI (Key Performance Indicator) supaya semua syarikat dalam kumpulannya mendapatkan pasaran luar sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jualan tahunannya. Halmi segera mengkaji pasaran untuk mengembangkan bisnesnya. Sebagaimana bisnes lain dalam bidang perkhidmatan, Halmi sedar pengurusan letak kereta akan turut berkembang seiring kerancakan projek pembangunan dan sektor hartanah di Malaysia dan rantau ini. Halmi mula mengorak langkah bisnesnya dan mencari peluang yang ada. Sejak itu, bisnes Metro Parking terus berkembang. Jika nilai jualan di awal tahun penubuhannya hanya sekitar RM2 juta, pada 2009 nilai jualannya meningkat lebih 50 kali ganda kepada RM105 juta! Sampai ke tahap ini, bisnes pengurusan letak kereta bukan lagi bisnes kecil-kecilan, sekalipun pada zahir ia dilihat sebagai bisnes mudah.
Selain anugerah Usahawan 1Malaysia yang baru diterimanya, Halmi turut menerima anugerah lain yang mengiktiraf sumbangan dan pencapaian beliau dalam bisnes. Beliau pernah dianugerahkan Intrapreneur of the Year oleh JCorp Intrapreneur Malaysia Berhad (JIMB) pada 2000 dan 2002, Outstanding Entrepreneur di Asia Pacific Entrepreneurship Award 2008 anjuran Enterprise Asia (NGO) serta Corporate Leader of the Year dalam Business of the Year Award 2010. Malah, Halmi adalah salah seorang daripada sembilan Intrapreneur JCorp yang tersenarai dalam ‘1 Million Dollar Club’ iaitu gelaran bagi Intrapreneur dengan nilai keuntungan sebelum cukai (PBT) syarikatnya melebihi RM1 juta setahun.

Kita memerlukan lebih ramai Intrapereneur seperti Halmi. Alangkah bertuah andai Halmi boleh ‘diklon’ menjadi 1,000 atau 2,000 orang, sekali gus menyumbang kepada kejayaan lebih ramai anak bangsa dan pembangunan ekonomi negara.

Kejayaan beliau membuktikan anak Melayu boleh berjaya dalam bisnes sehingga ke peringkat tinggi. Namun, di sebalik kejayaan beliau, selain daya keusahawanan dan cita-cita beliau, sebenarnya terdapat satu formula baru bagi memangkinkan dan melonjakkan beliau sehingga ke tahap ini. Inilah formula Intrapreneur JCorp yang terbukti berkesan malah sesuai diaplikasikan bagi melahirkan lebih ramai usahawan Melayu-Muslim berjaya. Formula yang digunakan sejak lebih dua dekad lalu berjaya menyuntik semangat kepada barisan usahawan Intrapreneur JCorp untuk terus bekerja keras demi kejayaan syarikat yang diterajui sehingga ke tahap terbaik. Apakah formula ini? Pertama, menghargai usaha setiap intrapreneur. Mereka dibenarkan memiliki sehingga 25 peratus ekuiti dalam syarikat yang diterajui. Ia mengambil iktibar daripada peristiwa di zaman Rasulullah s.a.w iaitu sebahagian daripada harta rampasan perang akan dibahagikan kepada pejuang yang menyertai peperangan itu sebagai menghargai perjuangan mereka. Ini bagi mendapatkan komitmen jitu daripada mereka dalam pengurusan syarikat.
Kedua, sebagai intrapreneur, mereka juga usahawan yang turut melabur dan mengambil risiko. Selain menerima gaji setiap bulan, mereka layak menerima bonus dan dividen jika mencapai KPI. Semua ini dijadikan motivasi untuk bekerja lebih gigih memajukan syarikat. Di bawah Skim Milikan Saham JCorp, intrapreneur seperti Halmi digalakkan menggunakan ganjaran bonus untuk membeli saham sehingga 25 peratus.

Ketiga, JCorp sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menjadi asas kepada syarikat Intrapreneur yang baru ditubuhkan untuk mengukuhkan bisnes terlebih dulu. Selepas itu, mereka perlu segera mencari peluang dan berdikari di luar. Keempat, mereka berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing. Intrapreneur yang mempunyai prestasi cemerlang akan ditawarkan membeli ekuiti syarikat yang lebih strategik atau dilantik ke jawatan lebih tinggi dalam syarikat lebih besar dalam Kumpulan JCorp.
Kesimpulannya, skim Intrapreneur JCorp boleh dicontohi GLC lain untuk melahirkan lebih ramai usahawan intrapreneur seperti Halmi Jasmin. Formula yang digunakan JCorp ini mempunyai potensi amat baik untuk memperkasa ekonomi Melayu melalui bisnes. Kaedah pembangunan intrapreneur mengikut acuan JCorp banyak manfaatnya. Menerusi kaedah ini, JCorp dapat membuka peluang kepada eksekutifnya seperti Halmi untuk menjadi usahawan Intrapreneur dan tidak cuma terus-menerus makan gaji. Dengan cara ini, lebih ramai berminat menceburi bisnes dan diberi peluang menjadi usahawan. Ia memangkinkan eksekutif menjadi usahawan biarpun tidak memiliki modal.

Tidak kurang penting, terdapat kelebihan kepada JCorp dalam mengenal pasti bakat usahawan daripada kalangan eksekutifnya sendiri. Dalam pengalaman lebih 28 tahun menerajui JCorp, satu cabaran besar yang kerap saya hadapi ialah dalam memilih eksekutif untuk diamanahkan tanggungjawab lebih besar, sehingga mereka diketengahkan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat JCorp yang melibatkan pelaburan dan risiko besar. Pemilihan ini, sekiranya tidak berhati-hati, CEO JCorp akan dituduh ‘pilih kasih’ dan memihak kepada individu pilihan yang lebih rapat dengannya. Andainya tersalah pilih, ia menjejaskan keyakinan dan motivasi pekerja keseluruhan.

Justeru, skim Intrapreneur JCorp dapat membantu menyelesaikan persoalan ini. Jelas sekali setelah mereka cemerlang membuktikan keupayaan mengendalikan syarikat dan mengembangkan bisnes, pilihan lebih tepat, tidak ‘pilih kasih’ mudah dilakukan. Cara sistematik, telus ini dibuktikan dalam kes Halmi dan Metro Parking.
>Penulis ialah mantan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia.www.businessjihad.com
Artikel ini disiarkan pada : 2010/10/21
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Minda_FormulaJCorplahirkanHalmi/Article#sthash.mXObYJoi.dpu

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Minda_FormulaJCorplahirkanHalmi/Article#sthash.mXOb

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Minda_FormulaJCorplahirkanHalmi/Article#sthash.mXObYJoi.dpuf